Sunday, January 15, 2017

Penangan Women Secret Recipe (WSR)


                                              "Rahsia Kembali Perawan"




Ihsan gambardari Google- Blog WSR



Assalamualaikum. Memang best produk Women Secret Recipe ni. Tak nak cerita lebih-lebih, rasa dulu baru tahu. Yang penting, para wanita bertuah yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk merasai WSR ni, akan berasa istimewa. Banyak manfaat dia. Nak-nak zaman sekarang ni kebanyakkan kita ni bekerja. Tekanan di tempat kerja. Balik rumah nak layan anak dan suami. Tanggungjawab yang diamanahkan. Surirumah pun letih juga. Pagi bawa ke malam kerja rumah tak henti-henti. Marilah cuba WSR ni. Percayalah anda rasa bahagia. Isteri makan, suami yang rasa. Saya hanya ingin membantu. Berminat, boleh hubungi saya di 011-33970079. :) 

Nak happy sama-sama :)


011-33970079 - izzah 

Tuesday, January 3, 2017

Izzah & Khairul Amin


Alahai.. godek-godek komputer ni tadi, jumpa gambar lama masa tengah berkawan dengan papa. Alang-alang mama tempek lah kat sini ya buat tatapan di masa akan datang. Disamping bukti mama-papa pernah kurus. Haha. Sayang keluarga mama :*
















Ramadhan dan Syawal mama masa kecil-kecil dahulu.


Copy paste dari blog lama mama. Masa ni mama masih bujang. :)


Bulan Ramadhan yang aku rindui,semasa aku berpuasa sebulan di kampung opah dan atuk di Kampung Gajah,Perak. Masa tu usia aku 8 tahun. Masa tu pak cik ku,Pak Cho dan anak isterinya menumpang di rumah opah dan atuk. Jadi,masa mula ditinggalkan emak dengan abah kat kampung,sedih juga tapi sekejap je. Maklumlah,ada geng..hehehe.. Seronoknya berpuasa masa tu,aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru di kampung. Sekitar 10 orang,berbagai ragam.



Seronoknya Ramadhan masa tu,aku belajar berbagai permainan istimewa yang aku belum  jumpa di tempat lain,selain bermain mercun yang super duper terhangat masa tu. Thunderclap,mercun roket,mercun naga,mercun ketupat,mercun bola,mercun gasing,dan yang sweet-sweet,main bunga api lahh.. haha.. yang moden sikit,bunga api ada bintang,dan cahaya warna-warni. Tapi,selain mercun yang dibeli ni,diorang mengajar aku banyak lagi permainan yang dibuat sendiri,yang kreatif yang memikat hati.



First yang diorang ajar,sediakan tempurung kelapa. Kat kampung masa tu memang bersepah lah tempurung kelapa. Kemudian,ambil lilin kat gobok mak-opah kita tu,nyalakan dan biarkan mencair dalam tempurung tu hampir separuh.Kan cair lilin tu masih panas lembik-lembik gitu,ambil lidi,ranting,kayu dan apa-apa yang sesuai,cucukkan daun kering kat ranting tu kemudian cucukkan ranting tu dalam tempurung. sekeliling ranting tu cucukkan pulak dengan batang mancis. Malam tu,lepas orang-orang tua pergi surau,kami pun berkumpul. Anak-anak mancis dalam tempurung pun dinyalakan dan tempurung dilepaskan ke dalam parit. 



Sangat fantastik,bombastik dan wonderful pemandangan di hadapan aku masa tu. Macam kapal layar mini,tempurung tu beralun dalam parit. Bercahaya indah,memikat hati. Dan selain tempurung kelapa tu,mana yang tak dapat cari tempurung kelapa,kami guna kulit rambutan je! Petik buah rambutan,kokak kulit bahagian atas tu bagi nampak macam kelongsong,keluarkan isi dia,makan, lepas tu cairkan lilin dalam kelongsong rambutan tu,cucuk anak mancis dan nyalakan. Lepaskan dalam air. Wahhhh~ menarik sangat.



Selain dua perkara yang diorang ajar,ada satu lagi yang menarik. Dengan menggunakan tong,masa tu kami dapatkan tong biskut,tong milo,tin susu yang dah kosong laaaa kalau ada isi mahu kena marah nanti. Masing-masing pegang paku dan penukul@batu.. kami ketuk paku tu pada tong kosong tersebut. Ketuk je la sesuka hati,buat lobang pada tin atau tong tu.. ada yang kreatif,hasilkan lobang membentuk corak bunga. Lagi banyak lobang lagi bagus. Masa depa ajar tu,memang teruja lah. Tertanya-tanya apa lah yang diorang nak buat ni. Dah puas hati dengan lobang yang dihasilkan,kami ikat tong dan tin tersebut dengan dawai,membentuk pemegang. Lepas tu masukkan lilin dalam tong dengan cara membaringkan tong.



Menjelang malam lepas aje solat maghrib,kami pakat jumpa ramai-ramai. Lilin dinyalakan,dan wahhhh~ cahaya keluar dari celah-celah lobang tu. Hebat betul 'torchlight' buatan anak-anak kampung opah-atuk ni. Memang ceria sungguh hidup aku masa berpuasa zaman kanak-kanak ketika di kampung opah. Dan satu lagi cerita yang menarik hendak aku kongsikan ialah,waktu siang kami yang perempuan selalu berkumpul. Main masak-masaklah,mak andam lah. Ada satu hari tu,diorang main cuci-cuci rambut. Diorang petik buah limau purut,rambut aku jadi mangsa. Dicucinya rambut aku dengan limau macam guna syampu,diurut-urut dan bila air limau tu mengalir di tepi pipi aku,apa lagi.. slurrpppp masuk mulut..masam tapi sedap.. tak puasa lah kiranya.. hahaha.. ambil kesempatan betul.. kehkehkeh..




Itu lah sedikit sebanyak kisah ramadhan aku semasa kecil yang aku rindui sehingga kini. Apa tak nya,10 orang kawan-kawan ku yang lain itu pun entah ke mana perginya. Agaknya dia orang masih ingat aku atau tidak eh?Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan izinkan patik menempek gambar raya patik bersama sepupu sepapat suatu ketika dahulu.Saja buat feeling-feeling hari raya. hehe..






p/s : Nanti dah kahwin dan ada anak,nak ajar anak buat 'kapal layar' bercahaya dan 'torchlight' sendiri lah. Heeeee ;)

Majlis Pertunangan Miss & Mr.Tunang :)


Hai dan Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan hari ni dah 4 Ramadhan. Sekejap je pejam celik pejam celik nak masuk seminggu umat Islam berpuasa. Ya ampun.. lama sangat aku tak menaip kat blog nih. Berkulat likat dah jadinya. Haha.


Alhamdulillah 8 jun 2014 yang lalu ada majlis tunang kecil - kecilan kat rumah mak abah. Siapa lah yang bertunang di antara lima orang anak mak abah kan..? Yang penting orangnya comel. Haha. Anak dara mak abah ni yang bertunang. :) Yup, saya yang bertunang. Terima kasih saudara mara dan sahabat handai yang datang.


















Gambar sengsorang, gambar dengan mak dan gambar dengan abah. So, izah ikut muka siapa?.. Hurmm.. dah lama tak menaip, dah tak pandai nak berpot-pet pot-pet panjang macam dulu. Nanti izah cerita pasal persiapan nak bertunang ye. K byeee..
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Errrrrr.. dah 2,3 tahun berlalu, tak ingat nak tulis pasal persiapan bertunang. Tapi yang pasti memang penat. Alhamdulillah, gubahan dulang mama buat sendiri. Ramai saudara-saudara yang sponsor makanan untuk dijadikan hantaran. Dari cadang 9 hantaran, jadi 20 hantaran sudahnya. (ditulis pada 4 Jan 2017, untuk tatapan anak-anak mama)

Part 1 - Lamaran



Selamat Tahun Baru 2017. Bersamaan Bulan ke-4, kalendar Islam. Catitan bawah ni, hanyalah sekadar copy-paste dari blog lama. Cadangnya nak delete blog yang itu. Tapi nak kekalkan kisah2 yang berkaitan mama-papa-khaira.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,awal tahun baru ni aku dilamar oleh seseorangSebenarnya aku dilamar melalui mesej. Satu hal yang aku tak gemari. Tapi entah kenapa yang ini aku rasa orangnya serius. `awak,saya ingat nak masuk meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Dilamar dalam masa tak sampai sebulan kenal? kenapa agaknya aku rasa yakin dengan dia. Mungkin peribadi dia aku nampak elok. Tapi aku tak mahu buat serius sangat. Sampaila menyusul mesej `awak,saya dah bagitahu emak saya yang saya nak meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Habis belajar? Bulan 6 ni lah aku habis belajar......... Masa ni rasa wait and see je lah. Maklumlah dia dan aku hanya berhubung melalui mesej. Tak pernah on the phone. Sorang di selangor, seorang di kelantan. Bukan pasangan bercinta, bukan couple.




Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan berikan hamba-Nya ini petunjuk dan bimbingan..

Part 2 - Si dia berjumpa mak dan abah.


Assalamualaikum .. Sambungan kepada episod lamaran.. Raya cina hari tu aku dapat cuti 4 hari.. Hari khamis smpai ahad.. Pagi khamis aku sampai rumah,petang blk kampung di kampung gajah perak.. Ada kenduri. Dan pagi sabtu balik rumah.. Petangnya keluar dgn dia ke taman layang-layang kepong.. Masa dlm kereta tu ade la dia bincang sikit pasal nak serius dengan aku.. Pasal risik,tunang dan nikah. 


Esoknya ahad dan sepatutnya aku balik kelantan pagi tu tapi tiket pula habis.. Terpaksa balik malam.. Dia nak ajak aku keluar tapi aku tak nak sebab nak luangkan masa dengan mak aku.. Last2 aku ajak dia makan tengahari dekat rumah.. Yang aku tak percaya tu dia berani datang.. Masa aku bagitahu kt  abah dan mak diorang macam cool n steady tapi bila tahu orang tu serius dgn aku,terus masing-masing macam tak restu pun ada.. Sedih sangat aku masa tu..


Takkan aku nak bagitahu dia supaya jangan datang.. Aku pun tawakkal je lah.. Dalam hati duk zikir dan doa.. Biarlah abah lembut hati.. Dan alhamdulillah pukul 2 dia sampai dengan adik dia,abah sambut dengan baik. Kasihan juga aku tengok dia. Nampak macam neves dan tak tahu nak borak sangat dengan abah. Macam ada emas dalam mulut. Tapi akhirnya dia cakap juga yang dia nak serius berkawan dengan aku dan nak tunggu aku habis belajar.. Ni dia yg bagitahu sebab masa tu aku masuk bilik kejap..


Apepun,aku bertawakal dan berharap yang baik-baik saja.. Kepada Illahi lah aku sandarkan harapan.. :)

Thursday, July 21, 2016

Assalamualaikum. 21 Julai 2016. Ya Allah, dah 10 bulan berlalu rupanya sejak mama lahirkan Khaira, mama tak pernah updates blog ni. Rindunyaaaa. Nah, mama tempek gambar awak masa umur 2 bulan 12 hari. Masa ni kita nak gi Tesco Klang rasanya. Sedap awak tidur dalam kereta ya. Senang sangat bawa awak berjalan, sayang. Tak meragam pun. Tengok jam dah pukul 4.10 petang. Rindunya dengan Khaira Adeena.. tunggu mama ya sayang. Mama ada present untuk Khaira kesayangan mama dan papa ni. Love u.