Wednesday, July 29, 2015

Assalamualaikum.. Alhamdulillah lepas sebulan berpuasa, now dah masuk 2 minggu dah raya.. sedihhh.. tak berapa sihat masa raya. suara pun tak ada. sekarang dah fully sihat.. Alhamdulillah.. nak catitkan yang hujung minggu ni, Ahad bersamaan 2 Ogos genaplah 36 minggu aku mengandung.. kejap je rasa macam baru semalam muntah2 lepas makan kemudi kapal laut dengan udang galah.. sambil menaip ni pun rasa nak muntah.. haha.. dalam tempoh sebulan ni anak mama akan dilahirkan. sesungguhnya kepada Allah lah mama bertawakkal, sayang. entah bagaimana, entah bila, entah hidup atau tidaknya kamu, mama akan redha dan takkan jemu2 berdoa untuk kesejahteraan mama, kamu, dan papa..

Minggu lepas, petang khamis bersamaan 23 Julai, mama dan papa baru tiba di Banting dari kampung atok dan opah KKB.. sambil baring2 tu mama cakap dengan papa.. 

"macam mana agaknya hidup kita lepas Kyra lahir...

"tak puas lagi rasanya hidup berdua... 

"tak sampai setahun lagi kita kahwin bang.. sedih pulak..

Tapi papa nasib baik tak layan perasaan sugul mama ni.. dia coolkan mama balik.. sampailah esoknya, mama kerja hari jumaat.. mama perasan kamu langsung tak bergerak dalam rahim mama, sayang.. ade pun mcm jentik perlahan.. mama dah mula risau. tengok jam dah pukul 7 malam. masuk pukul 8 mama dah sedih sangat2 dah.. Ya Allah, anakku sedang apa di dalam rahim ku.. masih hidupkah dia.. kenapa dia tak bergerak.. bercucuran air mata mama.. risaunya... Ya Allah, anak mama merajuk sebab mama cakap macam tu dengan papa ke semalam.. sungguh mama menyesal, syg.. mama ingat kalau pukul 9,10 malam pun kamu tak gerak, mama nak pergi hosp.. syukurlah akhirnya kamu gerak jugak.. selepas mama solat maghrib dan berdoa sambil menangis, Allah perkenankan doa mama.. Mama tak kan cakap lagi macam tu.. percayalah syg, sekiranya semasa proses kelahiran kamu nanti mama perlu memilih untuk selamatkan nyawa kamu dulu atau mama, mama akan pilih kamu.. mama nekad.. mama sayang sangat2 papa n Khaira..