Tuesday, January 3, 2017

Part 1 - Lamaran



Selamat Tahun Baru 2017. Bersamaan Bulan ke-4, kalendar Islam. Catitan bawah ni, hanyalah sekadar copy-paste dari blog lama. Cadangnya nak delete blog yang itu. Tapi nak kekalkan kisah2 yang berkaitan mama-papa-khaira.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,awal tahun baru ni aku dilamar oleh seseorangSebenarnya aku dilamar melalui mesej. Satu hal yang aku tak gemari. Tapi entah kenapa yang ini aku rasa orangnya serius. `awak,saya ingat nak masuk meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Dilamar dalam masa tak sampai sebulan kenal? kenapa agaknya aku rasa yakin dengan dia. Mungkin peribadi dia aku nampak elok. Tapi aku tak mahu buat serius sangat. Sampaila menyusul mesej `awak,saya dah bagitahu emak saya yang saya nak meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Habis belajar? Bulan 6 ni lah aku habis belajar......... Masa ni rasa wait and see je lah. Maklumlah dia dan aku hanya berhubung melalui mesej. Tak pernah on the phone. Sorang di selangor, seorang di kelantan. Bukan pasangan bercinta, bukan couple.




Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan berikan hamba-Nya ini petunjuk dan bimbingan..

No comments:

Post a Comment