Wednesday, July 29, 2015

Assalamualaikum.. Alhamdulillah lepas sebulan berpuasa, now dah masuk 2 minggu dah raya.. sedihhh.. tak berapa sihat masa raya. suara pun tak ada. sekarang dah fully sihat.. Alhamdulillah.. nak catitkan yang hujung minggu ni, Ahad bersamaan 2 Ogos genaplah 36 minggu aku mengandung.. kejap je rasa macam baru semalam muntah2 lepas makan kemudi kapal laut dengan udang galah.. sambil menaip ni pun rasa nak muntah.. haha.. dalam tempoh sebulan ni anak mama akan dilahirkan. sesungguhnya kepada Allah lah mama bertawakkal, sayang. entah bagaimana, entah bila, entah hidup atau tidaknya kamu, mama akan redha dan takkan jemu2 berdoa untuk kesejahteraan mama, kamu, dan papa..

Minggu lepas, petang khamis bersamaan 23 Julai, mama dan papa baru tiba di Banting dari kampung atok dan opah KKB.. sambil baring2 tu mama cakap dengan papa.. 

"macam mana agaknya hidup kita lepas Kyra lahir...

"tak puas lagi rasanya hidup berdua... 

"tak sampai setahun lagi kita kahwin bang.. sedih pulak..

Tapi papa nasib baik tak layan perasaan sugul mama ni.. dia coolkan mama balik.. sampailah esoknya, mama kerja hari jumaat.. mama perasan kamu langsung tak bergerak dalam rahim mama, sayang.. ade pun mcm jentik perlahan.. mama dah mula risau. tengok jam dah pukul 7 malam. masuk pukul 8 mama dah sedih sangat2 dah.. Ya Allah, anakku sedang apa di dalam rahim ku.. masih hidupkah dia.. kenapa dia tak bergerak.. bercucuran air mata mama.. risaunya... Ya Allah, anak mama merajuk sebab mama cakap macam tu dengan papa ke semalam.. sungguh mama menyesal, syg.. mama ingat kalau pukul 9,10 malam pun kamu tak gerak, mama nak pergi hosp.. syukurlah akhirnya kamu gerak jugak.. selepas mama solat maghrib dan berdoa sambil menangis, Allah perkenankan doa mama.. Mama tak kan cakap lagi macam tu.. percayalah syg, sekiranya semasa proses kelahiran kamu nanti mama perlu memilih untuk selamatkan nyawa kamu dulu atau mama, mama akan pilih kamu.. mama nekad.. mama sayang sangat2 papa n Khaira.. 

Tuesday, June 30, 2015

Alhamdulillah.. sekarang kandungan ku dah 31+ minggu.. dlm 2 bulan lagi dapatlah jumpa baby.. In shaa Allah, baby girl.. :) scan masa 25 minggu hari tu di Poliklinik Umbra.. Mama dan papa was so excited sayang.. terkedu, terharu, terkejut, semuanya bercampur. we thought u are boy. maklumlah adik beradik kami ramai lelaki dari perempuan. tapi apa pun jantina kamu kami gembira. cuma mama yg masa awal2 macam feeling takut2 sedikit.. papa pula memang berharap kamu perempuan.. amboi.. dalam diam ye papa? hehe.. separuh dari keperluan kamu mama dan papa dah beli. In shaa Allah, mama dan papa akan bagi nama kamu Kyra. Semenjak tahu akan dapat baby girl, terus papa panggil kamu Khaira sebelum kami ambil keputusan jadikannya Kyra. Mama yg cadangkan nama tu tau. Hehe. Pagi tadi mama pergi checkup di Klinik Kesihatan Telok Dato. Alamak,berat mama kurang sekilo. Mungkin sebab berpuasa. Apapun, mama syukur sangat tak lemah di bulan Ramadhan ni. Bye sayang. Salam rindu dari mama. :) muahhhh.. :* jangan nakal-nakal ye. hihi..

Wednesday, March 18, 2015


Dah masuk 4 bulan kahwin. Terima kasih Tuhan, untuk rasa ini. Terima kasih Tuhan, untuk peluang ini. Terima kasih Tuhan, untuk kurniaan Mu ini. Suami yang baik. Kekasih yang halal. Yang terbaik. Yang tidak merungut. Yang menyediakan kelengkapan semampu yang boleh. Yang menjaga ku, mengikut kederatnya. Yang melakukan kerja rumah, lebih dari tugas suami lain. Jagakan dia Tuhan. Andai aku pergi dulu, aku ingin dia tahu aku mencintai dia dari hari pertama kami bernikah hingga akhir hayatku. Sampaikan cintaku padanya selalu. Terima kasih, Tuhan. :')

Tuesday, February 3, 2015

Imbas kembali. (Kahwin Part 1)



Lamanya tak menulis. Macam-macam berlaku sepanjang 2,3 bulan ni. Dari kisah aku berkahwin 2 bulan lepas dan sekarang bakal jadi ibu pun, langsung tak updates kat sini. Malas non hadoo. Hari ni nekad nak tulis. Bukan apa, sekadar tatapan di hari kemudian. Kenangan memang disimpan dalam hati, tapi dengan adanya coretan boleh lah sesaja imbas di kemudian hari. 



Alhamdulillah, 21 November 2014 bersamaan 28 Muharram aku selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki  bernama Khairul Amin Bin Ayob. Ngehngehngeh. Berbagai perasaan yang tak dapat diungkapkan saat ini. Sedih, gembira, terharu, pengharapan, semuanya berbaur dalam diri aku. Berwalikan bapa aku sendiri, lafaz ijab kabul dilakukan sekali lafaz kira-kira pukul 6 petang. Majlis terlewat satu jam gara-gara ustaz Mohammad lewat sampai, apa pun kami tak marah. Sebab majlis berlangsung dengan sempoi. 


Encik Suami serahkan mas kahwin dan rantai tangan sebagai hadiah.




Kawan-kawan sekolej yang datang dari pelusuk negeri. Thanks korang.






Dah kenapa pengantin lelaki macam penat je Nak kena ni. Hahaha. Cun gambar ni.




Sekarang ni, aku pun dah mengandung 10 minggu. Alhamdulillah. Banyak lagi nak ditempekkan dalam ni. nanti-nanti lah. Bye, Assalamualaikum. :)